Hamba Allah


Click here for Myspace Layouts

Friday, March 5, 2010

Isteri yang taat merangkap anak yang solehah

Di zaman Rasulullah dahulu terdapat seorang perempuan yang sangat taat kepada suami dan bapanya.Pada suatu hari suaminya tidak ada di rumah keluar bekerja.Datanglah seorang saudara memberitahu bahawa bapanya sedang sakit di rumah.Beliau tidak berani keluar kerana suaminya tidak ada di rumah dan dia tidak akan keluar rumah tanpa keizinan suaminya.Kemudian saudaranya tadi pulang.Selang beberapa ketika saudara tadi datang semula ke rumahnya dan menyampaikan bahawa bapanya sudah tenat.

Hati si anak tadi sangat gundah gulana kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana suaminya tiada di rumah.Maka dia pun pergilah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan bertanya kepada Baginda." Bolehkah aku pergi melawat bapaku yang sedang sakit Ya Rasulullah tanpa pengetahuan suami ku?" Maka Rasulullah pun menjawab tidak boleh.dan Rasulullah menyuruh si isteri tadi pulang.Kemudian datang semula saudara tadi ke rumah perempuan tersebut dan kali ini dia memberitahu bahawa bapanya sudah meninggal dunia.

Si isteri tadi tanpa berlengah sekali lagi pergi berjumpa dengan Rasulullah.Tetapi jawapan yang diterimanya tetap sama.Pulang perempuan tadi ke rumahnya dengan perasaan yang teramat sedih kerana tidak dapat menatap wajah bapanya buat kali terakhir.Pada malam tersebut Rasulullah telah mendapat mimpi bahawa bapa perempuan tadi telah dimasukkan ke dalam syurga.Maka pada keesokkan harinya Rasulullah menyuruh orang memberitahu khabar gembira tadi kepada perempuan tersebut.Perempuan tadi berasa sangat gembira mendengarkan berita itu.

Mengapa bapa tadi dimasukkan ke dalam syurga?ini adalah kerana bapa tadi berjaya mendidik anak perempuan menjadi seorang isteri yang sangat taat kepada suaminya.Dia tidak akan keluar rumah tanpa kebenaran suaminya walaupun bapanya sendiri sedang nazak dan akhirnya meninggal dunia.Ingatlah saudara,anak itu adalah anugerah dan ujian dari Alllah.Maka kita wajib membimbing dan mendidiknya menjadi manusia yang taat kepada Allah , Rasul, kedua ibu bapa dan suami bagi si isteri.Apatah lagi jika anak tadi ialah anak perempuan.Jika ibu bapa dapat mendidik anak perempuannya menjadi anak yang solehah dan baik maka syurgalah balasannya kepada ibu bapa tersebut.

No comments:

Post a Comment

YoonA - Girls' Generation SNSD