Hamba Allah


Click here for Myspace Layouts

Monday, March 8, 2010

waktu solat

Waktu Solat
Selasa 9-Mac-2010
Kawasan
Subuh 6:10Syuruk 7:27Zohor 13:30Asar 16:44Maghrib 19:31Isyak 20:40
www.al-azim.com

Sunday, March 7, 2010

bumi

ni tempat Malaysia as a marked location on the globe

"e-book ini amat berguna untuk mencapai kejayaan dalam waktu yang singkat dengan cara yang paling berkesan..."


Rahsia MLMSetiap perniagaan mempunyai asas yang sama iaitu penawaran dan permintaan perkhidmatan atau barangan, tetapi "network marketing" mempunyai konsep perniagaan yang lebih mencabar - tetapi amat menguntungkan.

E-book ini amat penting di dalam menyenaraikan langkah-langkah yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam mengembangkan rangkaian perniagaan.

Jelas sekali penyelesaian yang dikemukakan oleh ebook ini amat dinantikan oleh mereka yang mempunyai keinginan untuk berjaya tetapi menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.

Untuk mereka yang baru bertapak di dalam bidang ini, e-book ini amat berguna untuk mencapai kejayaan dalam waktu yang singkat dengan cara yang paling berkesan.

Saya amat berpuas hati setelah membaca isi kandungan ebook ini.

Saudara Zamri Nanyan telah menghasilkan sesuatu yang amat bernilai untuk kita semua.

Syabas buat beliau!

— Aridz
Sapphire Manager
Score A Programme
Kuala Lumpur
E-mel: aridz@yahoo.com

Sistem Merekrut dan Menaja Prospek MLM "Big Al" Dibongkar!

Penyelesaiannya!

Gunakan sistem kejayaan yang telah terbukti berkesan, yang digunakan oleh ramai usahawan MLM terbilang - termasuklah usahawan MLM terkenal, Tom "Big Al" Schreiter sendiri.

Lebih menarik lagi...

Tom Schreiter telah menulis sebuah buku menerangkan bagaimana satu sistem MLM yang mudah digunakan oleh sesiapa sahaja untuk menaja dan memperkembangkan perniagaan MLM anda dengan jayanya.

Maklumat yang terkandung di dalam buku ini telah menolong ribuan pemimpin MLM memperkembangkan perniagaan mereka di Amerika Syarikat dan juga di seluruh dunia.

Sebelum ini, maklumat berharga ini hanya dapat difahami sekiranya anda boleh berbahasa Inggeris.

Sekarang, tidak lagi.

Saya mendapat kebenaran Tom Schreiter untuk menterjemahkan buku beliau, "Big Al Tells All: The Recruiting System, Sponsoring Magic" ke dalam bahasa Malaysia.

Tom Schreiter dan saya bersetuju yang dengan adanya buku ini di dalam bahasa Malaysia, akan dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisme di dalam industri pemasaran rangkaian di rantau Asia ini, khususnya di Malaysia.

Saya namakan buku ini "Rahsia Sistem Merekrut MLM".

Menterjemahkan buku bukanlah mudah.

Ianya menelan belanja besar.

Suntingannya pula amat memeritkan.

Tetapi, saya harap usaha saya ini berbaloi dan dapat menolong lebih ramai lagi usahawan MLM untuk berjaya.

Saya harap ilmu di dalam buku ini mampu memberikan nafas baru di dalam perniagaan MLM anda.

Saturday, March 6, 2010

Remaja Rasa Bangga Terlibat Jenayah

Mereka sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang. Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan. curi, rogol, lacur, buli,

Risiko Internet Kepada Remaja

Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, remaja di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet. Jumlah itu sebenarnya enam jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga empat jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka. Online 16 Jam SemingguHakikatnya, itulah...

recycling

Reduce, reuse, recycle,
Never let the maid throw things away,
Be it glass or old bicycles,
Can be made into new things one day.

Brown is for glass,
Broken bulbs, bottles and plates.
Into the brown bin is a must,
To be recycled at a later date.

Blue is solely meant for paper.
The ones that we don't need anymore.
Magazines, books and newspaper,
Piles of them that we have in the store.

The orange coloured bin,
Is for steel and aluminium,
Also metals like iron and tin
Into the bin, we throw them

Friday, March 5, 2010

rela dianggap gila,merapu

DARIPADA raut wajahnya yang agak serius ditambah pula dengan bertubuh sasa, tiada banyak perkara yang boleh mencetuskan gelak ketawa apabila melihat karakter selebriti di stesen penyiaran Astro ini.

Senang dikenali dengan panggilan komersial, Din Beramboi, personaliti ini sudah lebih sedekad menceburi gelanggang lawak jenaka tanah air.

Memilih kerjaya sebagai pelawak bukan sesuatu yang menyenangkan kerana hakikatnya, tidak semua jenaka yang dipertontonkan disenangi ramai.

Barangkali, sesetengah daripada kita memilih untuk ketawa dengan seloka Din dan mungkin juga separuh daripada kita hati kecil, tidak terhibur, jauh sekali untuk ketawa.

Itulah asam garam yang harus dilalui oleh lelaki seperti Din.

Dari pandangan mata kasar kita, tentunya ramai yang beranggapan Din menempa populariti dengan cara yang mudah.

Sudah 14 tahun dalam bidang ini, tentunya semua keinginan datang bergolek.

Tetapi hakikatnya selebriti berusia 44 tahun ini pernah melalui episod memeritkan ketika di awal penglibatannya.

Pernah dilabel sebagai orang gila atau sasau dek namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berlawak.

Mujur, Din atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Mior Badrimemiliki semangat dan iltizam tinggi.

Kritikan dan kadang-kadang menjadi celaan tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mengembangkan bakat dan kreativitinya dalam dunia lawak jenaka.

Ketika diri dicela dan dinista dengan tuduhan ekstrem seperti gila dan merapu oleh sesetengah pihak, Din meneruskan langkahnya tanpa sebarang tekanan.

Dia bukan sahaja tidak kisah dilabelkan sebegitu, malah dengan idea merapu itulah dia membina identitinya dan kini semakin diterima oleh para peminat lawak jenaka di negara ini.

"Saya tidak kisah apa orang hendak kata. Memang ada yang kata lawak saya merapu, saya macam orang gila dan macam-macam lagi. Lantak dia oranglah," tenang dia menjawab soalan yang dikemukakan pada awal pertemuan dengan Hits baru-baru ini.

Pandangan serong yang diterima 14 tahun lalu menjadi semangat, pengalaman dan ilmu yang berguna untuk dia berada di kedudukan hari ini.

Din hari ini semakin diterima ramai. Bahkan, dia sangat bangga jika ada yang berpendapat dia memonopoli genre lawak merapu berbanding pendekatan pelawak lain.

"Kalau boleh saya mahu jadi pencetus budaya dalam jenis lawak merapu yang saya ketengahkan selama ini.

"Walaupun ada juga yang kata lawak saya macam tidak ada hujung pangkal. Tetapi apa yang penting para penonton boleh ketawa dengan persembahan saya," jawabnya penuh yakin.

Sebetulnya, berbual dengan Din, anda tidak dapat tidak daripada melabelkannya sebagai seorang yang 'merapu'.

Gambaran 'merapu' jelas diterjemahkan oleh bapa kepada tiga anak ini menerusi pelbagai watak yang dipersembahkan olehnya seperti karakter orang gila.

Begitu juga dengan kecenderungannya meniru gaya dan karakter individu-individu lain daripada pelbagai kaum.

Contohnya, watak Jason Tan iaitu seorang lelaki Cina yang mengusahakan agensi pengiklanan yang sarat dengan idea-idea merapu hasil lontaran dialog yang ada ketikanya tidak masuk akal.

Namun itu yang menawarkan rezeki buat Din. Mana tidaknya, dia kini menjadi pilihan stesen televisyen berbayar, Astro untuk berkongsi idea-idea spontan dengan peminat dan penonton.

"Saya rasa kini saya boleh berbangga dengan konsep lawak jenaka yang saya ketengahkan. Esok atau lusa kalau saya sudah meninggal dunia, mungkin orang akan ingat dengan konsep lawak yang sebegini.

"Dulu para peminat mungkin sukar menerima gaya lawak merapu tetapi sekarang ini orang seakan-akan sudah hilang punca.

"Para peminat sekarang sudah boleh berfikir tentang apa yang ada di sebalik lawak jenaka saya.

"Walaupun nampak merapu tetapi itu tidak bermakna lawak saya tidak bermaklumat. Pada dasarnya mungkin lawak saya kedengaran tidak masuk akal tetapi kalau dikaji semula mungkin ia ada betulnya," tegas Din mempertahankan prinsipnya dalam berkarya.

Peningkatan populariti dan penerimaan para peminat selebriti dengan jambul berwarna perang itu dapat dilihat menerusi rancangan-rancangan kendaliannya yang semakin bertambah sama ada melalui radio dan televisyen.

Selain menjadi penyampai bersama Aznil Nawawi di radio Era, mulai 23 Februari ini Din juga akan mengendalikan rancangan TV berjudul Wuhai Beramboi melalui saluran Warna (saluran 132, Astro) setiap Selasa pukul 9.30 malam.

Di sebalik lawak-lawak jenakanya yang seperti bodoh-bodoh alang, ramai yang mungkin tidak mengenali karakter sebenar selebriti ini terutamanya sewaktu berada di luar bidang-bidang yang diceburinya itu.

"Sebenarnya saya ini seorang yang berjiwa serius. Jiwa saya penuh dengan protes dalam pelbagai isu termasuklah politik, agama dan sosial yang saya cuba ketengahkan. Saya gunakan gaya merapu sewaktu menyampaikan isu-isu.

"Bagi orang yang berfikir dan dapat menangkap apa yang tersirat di sebalik lawak-lawak jenaka saya, maka mereka akan faham tentang kritikan sosial yang ingin saya sampaikan dalam persembahan-persembahan saya.

"Saya memprotes dengan cara yang positif dan santai. Bak kata orang sambil ketawa pun orang boleh berfikir. Namun, pada masa sama saya juga sentiasa akan menjaga sensitiviti yang melibatkan bangsa dan agama," ujar Din.

Pengkritik tetap dalam pertandingan Raja Lawak musim keempat itu juga sama sentiasa mengambil kira pandangan pihak-pihak tertentu termasuklah media berhubung lawak jenakanya.

Ia termasuk gaya lawak dan lontaran dialog yang adakalanya dikatakan melampaui batas dengan penggunaan kata-kata kesat seperti anjing dan bodoh sewaktu berlawak ataupun mengkritik peserta program terbitan Astro Prima tersebut.

Dalam isu itu, Din mengakui, keterlanjuran komennya itu bukan disengajakan.

Sebaliknya, perkara itu berlaku secara spontan dan dia menjadikan insiden itu sebagai teladan agar perkara yang sama tidak berulang pada masa depan.

"Saya sedikit pun tidak marah ataupun kecil hati apabila ada penonton atau wartawan yang menegur keceluparan saya. Bagi saya, itu tandanya mereka tonton rancangan saya dan mereka prihatin terhadap saya.

"Itu juga menunjukkan bahawa mereka mahukan saya supaya menjadi lebih baik dan bagus daripada sebelumnya. Daripada situ jugalah saya dapat mempelajari kesilapan saya. Saya berjanji akan lebih peka dan berhati-hati selepas ini," ikrar Din bersungguh-sungguh.

Selain mencipta nama sebagai penyampai radio dan pengacara TV, beliau yang mula terbabit dalam bidang lawak jenaka sejak tahun 1996 bakal menceburi bidang baru iaitu sebagai pelakon dalam waktu terdekat ini.

Din kini sedang membuat persiapan bagi membintangi filem komedi arahan Afdlin Shauki berjudul Ah Long Bukit Beruntungdengan diberi peluang melakonkan watak hero dalam filem tersebut.

"Sebelum ini saya memang ada berlakon dalam sitkom, drama dan telemovie tetapi hanya diberikan watak-watak sampingan sahaja. Kalau jadi filem itu, ia merupakan filem pertama yang menampilkan saya sebagai heronya.

"Saya mungkin akan ambil cuti selama sebulan sewaktu penggambarannya bagi memberi sepenuh tumpuan kepada filem itu nanti. Sebelum ini saya sudah lama hendak berlakon filem tetapi masa tidak mengizinkan," kata Din menyuarakan hasrat hatinya.

Ketika ini juga, ramai yang sibuk bertanya pada Din apakah rancangan masa depannya.

Bagi tuan punya badan, Din sukar untuk meramal apa yang akan jadi padanya.

Untuk itu, Din lebih selesa menyerahkan segala-galanya kepada masa dan keadaan serta ketentuan Allah sama ada pembabitannya dalam bidang pengacaraan, lawak jenaka dan lakonan dapat diterima khalayak.

"Saya akan teruskan karier saya ini selagi ada umur dan kesihatan yang baik. Ini kerana, urusan esok, lusa dan hari hari seterusnya adalah perkara-perkara ghaib yang hanya Allah sahaja yang tahu," kata Din menutup perbualan.

idola kecil2

SETELAH hampir dua bulan meninggalkan gelanggang pertandingan, kini 10 bintang Idola Kecil 2 disatukan kembali.

Bezanya kali ini bukan di landasan nyanyian, tetapi lakonan dalam siri seram, Idola Kecil Misteri Rumah Tua yang bakal bersiaran pada cuti sekolah akan datang, iaitu pada 15, 16 dan 17 Mac ini pukul 7 malam di TV9.

Tahun lalu, bakat lakonan bintang Idola Kecil cuba diterjemah menerusi siri dua episod, Idola Kecil Cinderella Story yang berjaya menarik minat hampir sejuta penonton.

Atas keyakinan yang sama, drama bersiri Idola Kecil Misteri Rumah Tua yang menjalani penggambaran selama lebih seminggu di Hulu Pangsung, Hulu Selangor bermula 12 Februari lalu diterbitkan.

Selain juaranya, Dayana, sembilan lagi bintang Idola Kecil 2 yang terlibat ialah Azzam, Arill, Maulud, Ain, Fienaz, Tasha, Nurul, Jiha dan Sam.

Ini salah satu daripada agenda yang disusun oleh TV9 dalam memastikan bakat yang ada pada 10 peserta tersebut tidak disiakan begitu sahaja.

"Disebabkan kanak-kanak boleh menyanyi dan berlakon, maka drama berkonsepkan muzikal ini dilihat bersesuaian dengan mereka.

"Ini salah satu projek istimewa yang direncanakan untuk mereka sempena cuti sekolah akan datang.

"Dan selepas itu, pada April nanti, bakal menyusul pula sebuah lagi drama bersiri yang akan melibatkan mereka dan beberapa pesertaIdola Kecil musim pertama," kata Ketua Pengurusan Penjenamaan TV9, Rozaina Zainul Abidin pada sidang akhbar baru-baru ini.

Bukan atas tiket mencari keuntungan, jelas Rozaina, perancangan tentang drama bersiri tersebut telah direncanakan sebelum tamat pertandingan Idola Kecil musim kedua itu.

Sebelum ini, tercetus isu yang mendakwa TV9 menggunakan bintang-bintang Idola Kecil untuk meraih keuntungan berikutan kontrak yang disambung secara tiba-tiba.

Tindakan itu didakwa menyukarkan proses mereka menerima tawaran dan kontrak nyanyian.

Menjawab isu ini, Rozaina berkata, tidak timbul isu mengenai kontrak seperti yang diuar-uarkan.

"Sebelum peserta menandatangani perjanjian, kita sudah menjelaskan pelbagai perkara dan semua peserta pertandingan realiti di bawah Media Prima perlu menandatangani perjanjian ini.

"Cuma apa yang menjadi isu ialah pemanjangan kontrak yang pada awalnya daripada 2 Oktober 2009 hingga 4 Julai 2010 untuk menjalani pelbagai aktiviti yang telah ditetapkan oleh TV9 dipanjangkan sehingga Disember 2010.

"Dalam perjanjian tersebut, memang sudah tertulis bahawa mereka tidak boleh terlibat dengan mana-mana aktiviti atau tawaran lain tanpa kebenaran pihak TV9.

"Jelas disini tiada isu tentang mereka diikat. Apatah lagi pemanjangan kontrak tersebut hanya melibatkan lima bintangIdola Kecil 2 iaitu Azzam, Dayana, Fienaz dan Ain," katanya.

Sambungan kontrak kepada lima peserta Idola Kecil 2 itu kata Rozaina, bukan berdasarkan pilih kasih namun, ia mengambil pertimbangan dari segi faktor tempat tinggal dan kemudahan peserta mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan memandangkan mereka masih bersekolah.

Berbalik kepada drama muzikal Idola Kecil Misteri Rumah Tua, turut berlakon ialah Ilya (Senario) yang bakal melakonkan watak bapa tiri kepada Dayana dan Arill.

Manakala seorang lagi pelakon terkenal, Fizz Fairuz bakal melakonkan watak sebagai bapa kepada Azzam.

Kisah bermula apabila Azzam yang baru kematian ibu sentiasa mengalami mimpi ngeri yang penuh misteri di mana dalam mimpi tersebut dia sering bertemu kanak-kanak perempuan berpakaian gaun putih.

Azzam menceritakan mimpi tersebut kepada bapanya dan atas nasihat doktor, bapanya membawa Azzam pulang ke kampung dengan hasrat Azzam akan memperoleh ketenangan dan bebas daripada trauma kehilangan ibu.

Namun, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, Azzam terlihat sebuah rumah usang yang sering muncul dalam mimpinya dan atas bantuan sesupu-sepupunya, mereka menyiasat misteri tentang rumah usang tersebut.

Apakah yang berlaku ketika mereka menjalankan proses penyiasatan?.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan siri menarik ini arahan Zafran Aziz pada 15, 16 dan 17 Mac ini pukul 7 malam di TV9.

Murid suka kalau cikgu...

1.tegas.

2.tahu tentang semua tajuk yang diajar.

3.berbau wangi.

4.pandai menyanyi.

5.suka berteka teki.

6.menanda semua latihan yang diberi dengan cepat.

7.memuji mereka kerana kepandaian mereka.

8.memberi kuiz diakhir pengajaran.

9.mengulangkaji tajuk yang lepas sebelum memulakan tajuk yang baru.

10.menasihati mereka dengan lemah lembut.

11.menyuruh mereka membuat kerja berkumpulan.

12.menyuruh mereka berlakon.

13.mengadakan lawatan.

14.bersukan bersama mereka.

15.pandai bercerita.

Isteri yang taat merangkap anak yang solehah

Di zaman Rasulullah dahulu terdapat seorang perempuan yang sangat taat kepada suami dan bapanya.Pada suatu hari suaminya tidak ada di rumah keluar bekerja.Datanglah seorang saudara memberitahu bahawa bapanya sedang sakit di rumah.Beliau tidak berani keluar kerana suaminya tidak ada di rumah dan dia tidak akan keluar rumah tanpa keizinan suaminya.Kemudian saudaranya tadi pulang.Selang beberapa ketika saudara tadi datang semula ke rumahnya dan menyampaikan bahawa bapanya sudah tenat.

Hati si anak tadi sangat gundah gulana kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana suaminya tiada di rumah.Maka dia pun pergilah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan bertanya kepada Baginda." Bolehkah aku pergi melawat bapaku yang sedang sakit Ya Rasulullah tanpa pengetahuan suami ku?" Maka Rasulullah pun menjawab tidak boleh.dan Rasulullah menyuruh si isteri tadi pulang.Kemudian datang semula saudara tadi ke rumah perempuan tersebut dan kali ini dia memberitahu bahawa bapanya sudah meninggal dunia.

Si isteri tadi tanpa berlengah sekali lagi pergi berjumpa dengan Rasulullah.Tetapi jawapan yang diterimanya tetap sama.Pulang perempuan tadi ke rumahnya dengan perasaan yang teramat sedih kerana tidak dapat menatap wajah bapanya buat kali terakhir.Pada malam tersebut Rasulullah telah mendapat mimpi bahawa bapa perempuan tadi telah dimasukkan ke dalam syurga.Maka pada keesokkan harinya Rasulullah menyuruh orang memberitahu khabar gembira tadi kepada perempuan tersebut.Perempuan tadi berasa sangat gembira mendengarkan berita itu.

Mengapa bapa tadi dimasukkan ke dalam syurga?ini adalah kerana bapa tadi berjaya mendidik anak perempuan menjadi seorang isteri yang sangat taat kepada suaminya.Dia tidak akan keluar rumah tanpa kebenaran suaminya walaupun bapanya sendiri sedang nazak dan akhirnya meninggal dunia.Ingatlah saudara,anak itu adalah anugerah dan ujian dari Alllah.Maka kita wajib membimbing dan mendidiknya menjadi manusia yang taat kepada Allah , Rasul, kedua ibu bapa dan suami bagi si isteri.Apatah lagi jika anak tadi ialah anak perempuan.Jika ibu bapa dapat mendidik anak perempuannya menjadi anak yang solehah dan baik maka syurgalah balasannya kepada ibu bapa tersebut.

about me

sapa2 nk add ak kt friendster,facebook and ym ni emel nyer auni_syafiqah@yahoo.com.dan sapa2 nk add kt myspace amirulpro46@gmail.com.k bye
YoonA - Girls' Generation SNSD